Situasi B : Seorang pemuda yang mahu berkahwin , sudah mempunyai pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak mampu menjaga perhubungan antara dia dan pasangannya. Kerapkali terjebak dengan maksiat dalam perhubungan tersebut. Tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, begitu juga pasangannya.
06 Januari 2013
Kahwin Muda Dan Tahap Wajib Kahwin
Situasi B : Seorang pemuda yang mahu berkahwin , sudah mempunyai pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak mampu menjaga perhubungan antara dia dan pasangannya. Kerapkali terjebak dengan maksiat dalam perhubungan tersebut. Tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, begitu juga pasangannya.
03 Disember 2012
Sedekah Yang Berlari.
إذا مات الإنسانُ انقطع عنه عملُه إلا من ثلاثةٍ : إلا من صدقةٍ جاريةٍ ، أو علمٍ ينتفعُ به ، أو ولدٍ صالحٍ يدعو له
Apabila insan itu mati, terputus daripadanya amalannya melainkan daripada tiga: melainkan daripada sedekah yang berlari, atau ilmu yang diambil manfa`at dengannya, atau anak salih yang mendoakan baginya[Muslim/ 1631]
ما مِن مُسلِمٍ غَرسَ غرسًا ، فأَكلَ منهُ إنسانٌ أو دابَّةٌ ، إلَّا كانَ لَه صَدَقةٌ
Tidaklah seseorang daripada muslim yang menanam suatu tanaman, maka dimakan daripadanya insan atau haiwan, melainkan ia baginya adalah sedekah [Al-Bukhariy/ 6012]
ما من مسلم يَغْرِسُ غرسًا إلا كان ما أُكِلَ مِنهُ له صدقةً ، وما سُرقَ له منه صدقةٌ ، وما أكل السَّبُعُ منه فهو له صدقةٌ ، وما أكلتِ الطيرُ فهو له صدقةٌ ، ولا يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إلا كان له صدقةٌ
Tidaklah seseorang daripada muslim yang menanam suatu tanaman melainkan apa yang dimakan daripadanya, baginya adalah sedekah. Dan apa yang dicuri, baginya daripadanya adalah sedekah Dan apa yang dimakan binatang liar daripadanya, maka ia baginya adalah sedekah Dan apa yang dimakan burung, maka ia baginya adalah sedekah Dan tidaklah seseorang mengambil daripadanya, melainkan ia baginya adalah sedekah [Muslim/ 1552]
يا رسولَ اللهِ، وإن لنا في البهائم أجرًا ؟ قال : في كلِّ كبدٍ رطبةٍ أجرٌ
Ya Rasula Llah, dan adakah bagi kami pada binatang-binatang liar itu ganjaran? Dia berkata: Pada setiap hati segar terdapat ganjaran [Al-Bukhariy/ 2363]
كلُّ مَعروفٍ صَدَقةٌSetiap kebaikan adalah sedekah [Al-Bukhariy/ 6021]
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Kamulah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia: kamu menyuruh dengan kebaikan, dan kamu mencegah daripada kemunkaran, dan kamu beriman dengan Allah [Ali `Imran: 110]
02 Disember 2012
Kisah Kelebihan Orang Beristighfar
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Tahukah kita akan keajaiban disebalik istighfar itu?
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
Hadis di atas jelas nyata menunjukkan tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa. Sedangkan Nabi juga sentiasa beristighfar seperti dalam hadis ini :
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.”(Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang sukar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar. Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.
Terdapat dua jenis musibah, yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita, atau musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayang kita, dan kepadaNya kita berserah, memohon keredhaan. Kerana kita akan sentiasa di uji, tidak kira masa, seperti mana firman Allah :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)Tetapi bagi Musibah azab, inilah yang paling dahsyat, jika kita belum sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya. Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi musibah berbentuk azab, seperti mana firmanNya:
Quote:
“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33).Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Mari kita hayati terlebih dahulu maksud-maksud firman Allah.
Quote:
“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12).
“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136).
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)Demikian telah jelas dan nyata, bahawa dengan bertaubat, insyaAllah akan dikurniakan rahmat dariNya. Kita lihat kembali hadis sebelum ini :
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”.(Riwayat Al-Imam Abi Daud).InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadanya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.
Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.
Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?".
Jawab lelaki itu, ”Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”
Maka kata Imam Ahmad,”Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”
Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
30 November 2012
Anak anak kita..
Anak anak kita..Hargailah Mereka..
Malah..mungkin permainan tu semua dah pupus. Kalau ada pun mungkin di kampong-kampong sahaja. Anak kita sekarang sibuk dengan dunia baru mereka. Dunia main ‘game’ duduk depan TV. ‘Playstation’ namanya.. Yang zaman kita dulu tak ada benda ni..Ialah..zaman dah berubah. Tak pe lah..lagi pun sekarang ini anak-anak kita tak boleh dibiarkan jalan sorang-sorang kat luar sana. Nanti kena colek. Orang bawak lari anak kita jual kat Siam.
Dulu-dulu kita pergi sekolah jalan kaki 10 batu sehari pun tak mengapa..tak de saper pun nak colek kita. Bapak kita pun tak kisah kita balik ke tidak kan? Janji sebelum maghrib kita mesti ada di rumah. Kalau tidak..kena rotan ler jawabnya.. Kita pun dengan sendirinya tanpa disuruh dah terpacak depan pintu rumah. Takut kena rotan.. Tapi hari ini anak kita tak heran pun dengan kita kan? Sikit pun anak kita tak takut dengan kita kan? Dia klentong kita lagi ada..
Dulu-dulu kita mana berani nak sembang-sembang dengan bapak kita? Bapak kita duduk di ruang tamu kita duduk kat dapor. Bapak kita pergi dapur kita duduk di ruang tamu. Asal jangan bertembung.. Itulah kita dulu-dulu. Tapi kita cukup hormat dengan bapak kita. Punya lah hormat sampai nak bersembang pun takut apa tah lagi nak klentong. Dulu-dulu siapa yang berani klentong bapak dia memang ‘terror’ lah orang tu.. Tapi sekarang ini bapak kita yang kita suka lari-lari dari dia tu.. dah tak ada.
Yang kita sibuk tak nak sembang dengan dia disebabkan takut..dah tak ada. Yang kita cuba elak-elak untuk makan bersama tu..dah tak ada. Semuanya tinggal kenangan! Bapak kita dah tiada lagi di dunia ini. Dia dah pergi meninggalkan kita buat selamanya..tak akan kembali lagi. Apa kita rasa sekarang? Rindu tak dengan bapak kita? Rindu tak dengan kehadiran dia dalam rumah kita dulu. Tentu kita merasa kehilangan dia.
Tentu kita rasa menyesal sangat tak nak bersembang dengan dia masa dia hidup dulu kan? Tentu kita teringin nak makan bersama dengan dia sekarang ini kan?
Tapi itu semua dulu..Tak akan berulang lagi zaman tu. Kita tumpukan kepada anak kita sekarang ini. Kita tanya pada diri kita semula..kita sekarang ini suka ke sembang dengan anak kita? Kita hendak ke duduk di ruang tamu sambil baca suratkhabar dan bersembang dengan anak kita? Kita makan bersama dan berborak-borak dengan anak kita macam sembang dengan kawan-kawan kita.
Kalau kita tak buat macam tu..anak kita akan rasa apa yang kita rasa sekarang ini bila kita dah tiada lagi nanti. Anak kita pun akan mula merindui kita sama yang macam mana kita alami sekarang ni. Akhirnya akan kembali seperti asal balik. Apa yang kita rasa mereka pun akan merasa juga nanti. Ayuh..!!! jom kita bersembang dengan anak-anak kita. Kita dengar apa dia kita. Kita jangan tipu dia. Kita kena tunaikan segala janji kita dengan dia walaupun benda yang kita janji tu hanya cuma sebatang aiskrim. Tunaikan lah.. Biar mereka ingat kita bila kita sudah tiada nanti. Kita dapat bersembang dengan anak kita tak lama..
Dalam sekitar 12 tahun saja. Dari dia lahir hinggalah dia berumur 12 tahun. Masuk ke Tingkatan 1 anak kita dah duduk asrama. Kita yang hantar. Nak bagi anak kita pandai macam anak orang lain. Bila anak kita dah habis belajar Tingkatan 5, mereka akan sambung belajar di Universiti. Bila dah tamat belajar di Universiti mereka akan bekerja. Bila dah bekerja mereka akan berkahwin dan sudah tentu mereka tidak akan tinggal dengan kita lagi. Kan betul kiraan 12 tahun sahaja? Terlalu singkat masa tu.
Kita kena gunakan masa tu dengan sebaik-baiknya. Bila mereka dah besar nanti biar ada sejarah kita dengan dia yang membolehkan dia bersembang dengan cucu kita nanti. Atuk kamu dulu...Atuk kamu dulu... Atuk kamu dulu..Tu semua kita la tu..Kita la Atuk yang dimaksudkan oleh anak kita tu.. Kalau kita ni jahat dan selalu tak ambil peduli dengan anak kita.. Nama kita akan terpadam dari minda mereka..Tak ada apa yang mereka nak banggakan dengan cucu kita nanti.
Jadilah seorang pendengar yang baik dengan anak kita. Jadilah seorang bapa yang boleh bersembang dan gelak ketawa dengan anak-anak kita. Yang kita jarang buat pun dengan bapak kita dulu.!! Segala masaalah anak, biar kita yang selesaikan. Biar kita yang mendengar. Bukan isteri kita. Macam yang kita buat dulu-dulu..segala-galanya kita curahkan pada mak..sebab terlalu takut dengan bapak kita. Kita padamkan segala tradisi tu. Biar anak kita manja dengan kita. Biar anak kita hormat dengan ibu dia. Segala perbuatan anak-anak kita, bapak lah yang kena pantau.
Bukan ibunya.. Hati seorang ibu amat lah lemah. Ibu banyak bersikap..tak apa lah..biarlah.. memang sudah lumrah hati seorang ibu begitu..Tak apa lah..ibu kita kan..
Kasihanilah anak-anak kita. Anak-anak kita sekarang ni sudah berada di zaman yang betul-betul memerlukan akidah yang kuat. Kita kena pastikan yang anak-anak kita tu reti apa itu solat 5 waktu. Kena tau apa itu puasa dan kena tau apa pentingnya solat berjemaah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kita kena pastikan bila kita sudah tiada lagi nanti, surau yang kita selalu pergi dulu tidak ditinggalkan kosong dan masjid hanya datang pada hari Jumaat sahaja.
Ikut kita lah nak buat corak apa... Corak Majusi atau corak Nasrani? Hantar lah anak-anak kita ke sekolah Agama. Kasihani lah mereka. Mereka hidup atas dunia ni, baik buruknya mereka semuanya adalah berpunca dari kita.
Kita lah pelukisnya dan kita lah pengarahnya. Anak-anak kita cuma pelakon je. Suruh lah mereka bersolat. Suruh lah mereka mengaji. Suruhlah mereka menghormati orang tua.
Pesan kepada mereka jangan sesekali bercakap bohong. Bila dah pandai berbohong, dia akan mencuri, bila dah pandai mencuri..dari situlah berputiknya anak-anak kita akan mula nakal..
Bila anak-anak kita dah mula nakal, jahat dan akhirnya jadi musuh masyarakat... kita lah ibu bapa yang paling malang...
Quote from: Kelicap
Hidup Hanyalah Persinggahan..
Hidup ini..hannyalah tempat persinggahan untuk menghadapi mati..{mafhum hadis}
pertama-->start lahir sehinngalah sekolah rendah..
kedua----->masuk sekolah men
ketiga----->selepas spm,manakala yg dapat masuk unuversity meneruskan pem belajarannya,ada yg sambung blajar kt lain,ada yg entah kemana,ada yg rasa sa...ngat menyesal berikutan reult spm x memuaskan dll..
keempat-->habis blajar,manakala kerja n kawin plak..
kelima----->dapat anak n cucu pastu mati..
jd,,selepas mati ni kemana pulak kita??
kalau kita tertipu ngan tempat persinngahan kita yakni dunia ini tampa mengejar atau mengambil sesuatu yg penting d dunia untuk menghadapi akhirat,,
maka kita menuju dua tempat
1]->syurga
2]->neraka
ibarat exam la..kalau kita usaha,sudah tentu kita nampak kita punnya kejayaan,manakala,,kalau lalai n main2 ngan keseronokan,maka gagal lah exam itu...
semoga kita sama2 usaha menuju kematian
manakala kalau mati sebelum kerja n sebagainnya??
sama juga ibarat berperang tampa d rancang..
mesti kalah peperangan itu,
...kerana tiada perancangan..
so,
jangan menyesal selepas mati krn iannya tiada gunannya..
ILMU...
Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith di atas memberi pengertian yang besar kepada mereka yang berani membuat fatwa atau menjatuhkan hukum tanpa ilmu. Entah berapa ramai sekarang ini yang apabila ditanya tentang sesuatu soal agama walaupun tanpa ilmu terus mudah dari lidah dan jarinya mengeluarkan 'fatwanya' sendiri. Malahan ada yang hanya belajar melalui buku sahaja tanpa pernah ada asas-asas kaedah untuk mengeluarkan hukum, terus mengatakan itu halal, ini haram. Engkau masuk ke syurga, dan dia masuk neraka.
Bayangkan seorang yang jahil dalam ilmu kedoktoran kemudian apabila ada pesakit yang selsema dan ia mengatakan pesakit ini harus dibedah perutnya. Inilah kerosakan yang telah dibuat.
Fahamlah, rupanya proses untuk mengeluarkan fatwa itu sendiri bukanlah senang. Kerana ulamak takut untuk mengeluarkan hukum tanpa hak.
Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :
"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.
Dengan menghafaz belumlah dikatakan seorang faqih yang dapat mengeluarkan fatwa selagi ia tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi syarat-syarat lain untuk berfatwa.
Sukarkah Mengatakan "Aku Tidak Tahu" ?
Ulamak salaf (ulamak yang hidup di kurun ke 3 dan sebelumnya- kurun yang terbaik) melarang keras orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa mempunyai ilmu dan persediaan yang cukup.
Alangkah, para ulamak muktabar yang benar-benar takutkan ALlah seperti Imam Malik pernah berkata :
Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)".
Ibn al Qasim berkata :
"Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : "Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti".
Ibn Abi Layla pernah berkata :
"Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu 'alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya.
Fahamlah di sini, mengapa kita perlu menghormati ulamak muktabar yang terdahulu. Yang telah mengasaskan mazhab dan menulis kitab-kitab, mengajar anak muridnya untuk menyampaikan ilmu yang diajarnya kepada umat Islam yang lain.
Antara Maksum dan Orang Yang Berilmu
Ada pula laungan-laungan dari orang awam atau mereka yang bukan dari kalangan ulamak malahan yang baru menghafazbeberapa hadith mendabik dada mengatakan dirinya adalah tempat dijadikan rujukan. (Sedangkan rujukan dirinya hanya melalui internet semata-mata). Ingatlah bahawa ilmu dan akhlaq akan berjalan seiring. Orang awam seperti kita ini mengatakan pula 'ulamak tidak maksum' terutamanya tuduhan ini ditujukan kepada ulamak yang mengasaskan mazhab, ulamak seperti Imam asy Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Bahkan melekehkan pula orang yang mengikut mazhab yang disampaikan oleh ulamak-ulamak, ustaz ustazah dan guru-guru.
Ya, benar, ulamak tidak maksum (ada membuat dosa dan kesilapan). Tetapi berbanding dengan orang yang bercakap atau ustaz yang selalu memperlekehkan ulamak muktabar. Siapa pula yang lebih berilmu, lebih berkelayakan untuk mengeluarkan hukum? Ulamak yang lebih muktabar jauh lebih tinggi ilmunya, menguasai disiplin ilmu untuk membolehkan mereka mengeluarkan pendapat. Di sinilah adanya perbezaan yang besar di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, kurang ilmu, faham dan tidak faham, sempurna akal dan yang tidak, dan yang jahil. Sebagaimana firman ALlah :
قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)
Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah az Zumar : Ayat 9)
Terkadang terfikir juga penuntut ilmu yang cetek akhlaknya, atau mereka yang berfikiran suka melekehkan ulamak muktabar hanya memandang ulamak dari atas kertas sahaja. Mentang-mentang nama-nama ulamak itu sudah acapkali dilihat dan ditulis di dalam akhbar, majalah dan buku-buku, kitab-kitab yang banyak berlegar di pasaran. Mentang-mentang sudah belajar beberapa hadith sahih dan beberapa ilmu yang baru.
Semaklah sejarah semula, jangan dilipat sahaja adab-adab dan akhlaq ulamak muktabar, lihat bagaimana cara mereka berfikir sebelum mengeluarkan pendapat, jenguklah disiplin ilmu yang telah mereka kuasai sebelum berani mengeluarkan fatwa. Luaskan pandangan bagaimana ulamak mendidik jiwa mereka, melihat kepada keadaan, cara hidup dan budaya. Imam Syafie juga menghormati mazhab hanafi apabila datang ke tempat mereka yang mengikut mazhab tersebut.
Untuk akhirnya para fuqaha' selalu berkata "Sesiapa yang tidak pernah mengetahui dan mengerti perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan fuqaha', bermakna dia belum sempat menghidu haruman fiqh..!
Sumber rujukan :
1. Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor.
2. http://quranexplorer.com
16 Mac 2012
Saat yang akan tiba..
Hamka pernah berkata ; " apabila pipi kendur, gigi gugur, uban dirambut mula bertabur, mata nampak kabur, maka ketika itulah seseorang itu nampak uzur………"
Ketika kita sihat. Ketika kita Muda, ketika kita masih Kuat….. jangan kita lupa. Kita juga akan menjadi tua. Kulit Tangan yang halus ini suatu hari akan menjadi berkeredut dan hilang serinya. Muka yang cantik ini akan jadi cengkung akhirnya. Mata yang tajam ini akan kabur….. Rambut yang hitam legam ini akan berubah putih. Bila ?
Tunggu…… Si tua itu pasti akan datang bertandang.
“Dia” tetap akan datang. Samada kita suka atau tidak.
Bersyukur kerana diberikan peluang berada di usia muda…
26 Mei 2011
Bukti Kuasa Beli Emas (Dinar) & Perak (Dirham) kalis inflasi dari Al-Quran dan Hadis..
Salam sejahtera pembaca sekalian,
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana kita telah di panjangkan usia dan diperkenankan olehNya untuk menimba satu lagi ilmu pengetahuan yang baru dalam mendekatkan diri kita denganNya.
Di dalam saya membuat kajian tentang kelebihan emas dan perak, terdetik di dalam diri saya, apa jua yang berlaku di dalam kehidupan manusia baik dari segi hukum agama serta muamalah semestinya telah diceritakan di dalam Al-Quran dan hadis.
Jawapannya: “Ada! Iaitu wang yang mempunyai nilai instrinsiknya yang sama nilai dengan nominal iaitu dalam bentuk emas dan perak ataupun disebut dinar dan dirham.”
Kemudian mungkin di antara anda bertanya lagi, wujudkah perkara ini terjadi sepanjang kehidupan manusia di muka bumi ini? Benarkah emas dan perak kalis inflasi atau kuasa belinya stabil sepanjang zaman?”
Untuk menjawab perkara ini saya akan jelaskan sebaik yang mungkin. Insya Allah..
Saya telah teringat kepada kisah ashabul kahfi yang pernah diceritakan dalam ceramah agama di masjid iaitu kisah sekumpulan lelaki yang ditidurkan oleh Allah SWT yang dalam sesetengah riwayat mereka ini telah ditidurkan selama 309 tahun.
Mereka telah di bangkitkan dari tidur dan berlaku beberapa kisah untuk membuka pintu gua tersebut.
Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim.
Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja.
Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kepungan pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.
Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT.
(Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-’Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).
Di pendekkan cerita salah seorang daripada mereka bernama Tamlikha di utus ke pasar untuk membeli makanan dan sebagainya (walhal mereka tidak sedar yang mereka telah hidup di zaman yang berbeza). Dengan beberapa kepingan dinar dan dirham di tangan beliau pergi ke pasar.
Melihatkan suasana kota yang begitu berbeza/asing untuknya beliau menjadi kehairanan. Apabila sampai ke gerai roti berlaku dialog antaranya dengan penjual roti tersebut,
“Hai tukang roti, apakah nama kota ini?”
“Aphesus,” sahut penjual roti itu.
“Siapakah nama raja kalian?” tanya Tamlikha lagi. “Abdurrahman,” jawab penjual roti.
“Kalau yang kau katakan itu benar,” kata Tamlikha, “urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!”
Melihat wang dinar itu, penjual roti kehairanan disebabkan wang yang dibawa Tamlikha itu adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.
Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lagi, lalu berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang dinar lama itu dibanding dengan wang baru!”
Versi dari Al Quran
Firman Allah dalam Al-Quran:Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak (dirham) kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
Tawaran daripada Green Acres Farm Sdn Bhd. (1 dinar untuk seekor kambing)
1 dinar untuk 2 ekor kambing.
Pakej seekor kambing golek dengan harga 2 dinar.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.
- A chicken at the time of the Prophet, salla’llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.
- Zero inflation in 1,400 years
- Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver.
- Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham.” (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)