09 Januari 2010

NeRaKa??

Assalamu'alaikum Wbt……

Bertemu lagi stelah skian lama blog ini tidak teRupdate..

Xder idea la…

Skang ni orang duk cbuk bincang isu kalimah Allah yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah tinggi kuala lumpur kpd mingguan Herald Catholic..sebelum ini kita digemparkan dgn isu kehilangan dua enji jet tempur TUDM dan macam² lagi lah isu yang mengganggu gugat umat islam dan nama islam..

Ase nk myibuk jgk sal isu² ni,tp….

Pengetahuan & ilmu cetek sgt laa nk bincang sal ni..

So, pk punye pk, xtaw jgk nk post ape..

Last² pagi ni ak pegi la library untuk pinjam buku “hikmah kejadian wanita” & buku tauhid ntuk prepare prensentation kelas aqidah pd minggu dpan..
Biasenye,, klau pinjam buku kt library ni bukannye habis pun bacer..just pilih tajuk² yang best jer..hehe..biase la budak malas katekan..tp, ade la jgk rajinnye drpd x bace langsung..ermm prasan la pulak..huhu
Lpas pnjam buku² tu, ak ambk satu pc,sajer² wt ilang boring hri minggu.. layan facebook,ym,fs n macam la lagi yg dibawa dek arus kemodenan masa kini, klau dgunakan dgn cara yg betul,ade lah manfaatnya..tp,,klau dgunakan dgan cara yg sebaliknya,faham² la…..hmmm panjang lak membebel..huhu

Kali ni ak nk kongsi la sdikit ilmu yang agak bernmanfaat la jgk bg kite smua..yg ak nk kongsi ni salah satu email yg ak terima tempoh hari drpd ukht farhan jauhar(kaka an).. terima kasih yer kak aan cz bg email ni kt sy..
Ermm mase bace email ni agak berdiri jgk la bulu roma ak..takut…..

Eh, pasal ape lak nak takut??hmm mayb dosa bnyak sgt kot..huhu

Ya Allah,ampunilah dosa² hamba mu ini…

Emel yg ak tima drpd kak aan menceritakan perihal NERAKA Allah,,
Same lah kita hayati…….

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw
pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya,

maka ditanya oleh nabi s..a.w.: 'Mengapa aku melihat
kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat
Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka
tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam
itu benar, dan
siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu
tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah
padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan bisanya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas
bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah

bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang
di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat
dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur
nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di
bawah dari lainnya, dari pintu
ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih
panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah
lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk
masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat
nabi Isa a.s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang
musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in
bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara
bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke
tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa
besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat
bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan
itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di
pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak
keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada
Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg
Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan
maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
terik
matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000
daerah

3. Setiap
daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap
kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap
rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap
bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap
kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta

mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11.. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan dgn mesej yang dikongsikan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua dan juga dapat same² kita dapat meng’islah’ atau meng’hisab’kan diri kita sebelum diri kita dihisabkan di padang mahsyar kelak.....Wallahua' lam.

Bookmark and Share

0 comments:

Catat Ulasan