03 April 2010

Belgium bakal haram pemakaian purdah





BRUSSELS - Belgium bakal menjadi negara Eropah pertama mengharamkan purdah atau burka selepas jawatankuasa Parlimen negara itu meluluskan cadangan melarang pemakaiannya di hadapan umum.

Parlimen Belgium akan mengundi mengenai cadangan jawatankuasa itu pada akhir bulan ini.

Di bawah cadangan itu, seseorang wanita boleh didenda atau dihukum penjara selama seminggu jika memakai purdah di hadapan umum.

Pada masa ini terdapat 650,000 orang Islam di Belgium atau 6 peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu.

Seorang ahli Parlimen, Denis Ducarme berkata, peraturan itu ditujukan kepada golongan pelampau.

"Ia memberi isyarat yang sangat kuat kepada golongan radikal," katanya.

Seorang lagi ahli Parlimen, Daniel Bacquelaine berkata, larangan itu juga mungkin digunakan ke atas penunjuk perasaan yang menutup muka mereka.
-sinar harian

Bookmark and Share

0 comments:

Catat Ulasan