30 November 2012

Anak anak kita..

Anak anak kita..Hargailah Mereka..


Dulu bapak-bapak kita tak pernah risau pun bila kita pergi mandi sungai, main perang-perang dalam semak, main tembak-tembak pakai buah gatal,main jentik getah malahan kalau pergi mandi laut pun tak apa. Tapi sekarang ini zaman dah berubah..anak kita dah tak dapat main benda tu semua.

Malah..mungkin permainan tu semua dah pupus. Kalau ada pun mungkin di kampong-kampong sahaja. Anak kita sekarang sibuk dengan dunia baru mereka. Dunia main ‘game’ duduk depan TV. ‘Playstation’ namanya.. Yang zaman kita dulu tak ada benda ni..Ialah..zaman dah berubah. Tak pe lah..lagi pun sekarang ini anak-anak kita tak boleh dibiarkan jalan sorang-sorang kat luar sana. Nanti kena colek. Orang bawak lari anak kita jual kat Siam.

Dulu-dulu kita pergi sekolah jalan kaki 10 batu sehari pun tak mengapa..tak de saper pun nak colek kita. Bapak kita pun tak kisah kita balik ke tidak kan? Janji sebelum maghrib kita mesti ada di rumah. Kalau tidak..kena rotan ler jawabnya.. Kita pun dengan sendirinya tanpa disuruh dah terpacak depan pintu rumah. Takut kena rotan.. Tapi hari ini anak kita tak heran pun dengan kita kan? Sikit pun anak kita tak takut dengan kita kan? Dia klentong kita lagi ada..

 

Dulu-dulu kita mana berani nak sembang-sembang dengan bapak kita? Bapak kita duduk di ruang tamu kita duduk kat dapor. Bapak kita pergi dapur kita duduk di ruang tamu. Asal jangan bertembung.. Itulah kita dulu-dulu. Tapi kita cukup hormat dengan bapak kita. Punya lah hormat sampai nak bersembang pun takut apa tah lagi nak klentong. Dulu-dulu siapa yang berani klentong bapak dia memang ‘terror’ lah orang tu.. Tapi sekarang ini bapak kita yang kita suka lari-lari dari dia tu.. dah tak ada.

Yang kita sibuk tak nak sembang dengan dia disebabkan takut..dah tak ada. Yang kita cuba elak-elak untuk makan bersama tu..dah tak ada. Semuanya tinggal kenangan! Bapak kita dah tiada lagi di dunia ini. Dia dah pergi meninggalkan kita buat selamanya..tak akan kembali lagi. Apa kita rasa sekarang? Rindu tak dengan bapak kita? Rindu tak dengan kehadiran dia dalam rumah kita dulu. Tentu kita merasa kehilangan dia.

Tentu kita rasa menyesal sangat tak nak bersembang dengan dia masa dia hidup dulu kan? Tentu kita teringin nak makan bersama dengan dia sekarang ini kan?

Tapi itu semua dulu..Tak akan berulang lagi zaman tu. Kita tumpukan kepada anak kita sekarang ini. Kita tanya pada diri kita semula..kita sekarang ini suka ke sembang dengan anak kita? Kita hendak ke duduk di ruang tamu sambil baca suratkhabar dan bersembang dengan anak kita? Kita makan bersama dan berborak-borak dengan anak kita macam sembang dengan kawan-kawan kita.

Kalau kita tak buat macam tu..anak kita akan rasa apa yang kita rasa sekarang ini bila kita dah tiada lagi nanti. Anak kita pun akan mula merindui kita sama yang macam mana kita alami sekarang ni. Akhirnya akan kembali seperti asal balik. Apa yang kita rasa mereka pun akan merasa juga nanti. Ayuh..!!! jom kita bersembang dengan anak-anak kita. Kita dengar apa dia kita. Kita jangan tipu dia. Kita kena tunaikan segala janji kita dengan dia walaupun benda yang kita janji tu hanya cuma sebatang aiskrim. Tunaikan lah.. Biar mereka ingat kita bila kita sudah tiada nanti. Kita dapat bersembang dengan anak kita tak lama..

Dalam sekitar 12 tahun saja. Dari dia lahir hinggalah dia berumur 12 tahun. Masuk ke Tingkatan 1 anak kita dah duduk asrama. Kita yang hantar. Nak bagi anak kita pandai macam anak orang lain. Bila anak kita dah habis belajar Tingkatan 5, mereka akan sambung belajar di Universiti. Bila dah tamat belajar di Universiti mereka akan bekerja. Bila dah bekerja mereka akan berkahwin dan sudah tentu mereka tidak akan tinggal dengan kita lagi. Kan betul kiraan 12 tahun sahaja? Terlalu singkat masa tu.

Kita kena gunakan masa tu dengan sebaik-baiknya. Bila mereka dah besar nanti biar ada sejarah kita dengan dia yang membolehkan dia bersembang dengan cucu kita nanti. Atuk kamu dulu...Atuk kamu dulu... Atuk kamu dulu..Tu semua kita la tu..Kita la Atuk yang dimaksudkan oleh anak kita tu.. Kalau kita ni jahat dan selalu tak ambil peduli dengan anak kita.. Nama kita akan terpadam dari minda mereka..Tak ada apa yang mereka nak banggakan dengan cucu kita nanti.

Jadilah seorang pendengar yang baik dengan anak kita. Jadilah seorang bapa yang boleh bersembang dan gelak ketawa dengan anak-anak kita. Yang kita jarang buat pun dengan bapak kita dulu.!! Segala masaalah anak, biar kita yang selesaikan. Biar kita yang mendengar. Bukan isteri kita. Macam yang kita buat dulu-dulu..segala-galanya kita curahkan pada mak..sebab terlalu takut dengan bapak kita. Kita padamkan segala tradisi tu. Biar anak kita manja dengan kita. Biar anak kita hormat dengan ibu dia. Segala perbuatan anak-anak kita, bapak lah yang kena pantau.
Bukan ibunya.. Hati seorang ibu amat lah lemah. Ibu banyak bersikap..tak apa lah..biarlah.. memang sudah lumrah hati seorang ibu begitu..Tak apa lah..ibu kita kan..

Kasihanilah anak-anak kita. Anak-anak kita sekarang ni sudah berada di zaman yang betul-betul memerlukan akidah yang kuat. Kita kena pastikan yang anak-anak kita tu reti apa itu solat 5 waktu. Kena tau apa itu puasa dan kena tau apa pentingnya solat berjemaah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kita kena pastikan bila kita sudah tiada lagi nanti, surau yang kita selalu pergi dulu tidak ditinggalkan kosong dan masjid hanya datang pada hari Jumaat sahaja.


Kita kena pastikan anak kita tau apa itu Islam. Tahu mengucap dan tahu baca Alfatihah. Sekarang ini memang dah ramai anak-anak kita yang tak reti solat dan tak reti mengucap, Takutnya....!!! Tapi ini kenyataan. Kenyataan yang kita kena hadapi. Kita kena buat sesuatu. Anak-anak kita ni umpama kain putih. Kita lah yang mencorak kan nya.

Ikut kita lah nak buat corak apa... Corak Majusi atau corak Nasrani? Hantar lah anak-anak kita ke sekolah Agama. Kasihani lah mereka. Mereka hidup atas dunia ni, baik buruknya mereka semuanya adalah berpunca dari kita.

Kita lah pelukisnya dan kita lah pengarahnya. Anak-anak kita cuma pelakon je. Suruh lah mereka bersolat. Suruh lah mereka mengaji. Suruhlah mereka menghormati orang tua.

Pesan kepada mereka jangan sesekali bercakap bohong. Bila dah pandai berbohong, dia akan mencuri, bila dah pandai mencuri..dari situlah berputiknya anak-anak kita akan mula nakal..

Bila anak-anak kita dah mula nakal, jahat dan akhirnya jadi musuh masyarakat... kita lah ibu bapa yang paling malang...



Quote from: Kelicap

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

Hidup Hanyalah Persinggahan..

Hidup ini..hannyalah tempat persinggahan untuk menghadapi mati..{mafhum hadis}

pertama-->start lahir sehinngalah sekolah rendah..
kedua----->masuk sekolah men
ketiga----->selepas spm,manakala yg dapat masuk unuversity meneruskan pem belajarannya,ada yg sambung blajar kt lain,ada yg entah kemana,ada yg rasa sa...ngat menyesal berikutan reult spm x memuaskan dll..
keempat-->habis blajar,manakala kerja n kawin plak..
kelima----->dapat anak n cucu pastu mati..

jd,,selepas mati ni kemana pulak kita??
kalau kita tertipu ngan tempat persinngahan kita yakni dunia ini tampa mengejar atau mengambil sesuatu yg penting d dunia untuk menghadapi akhirat,,

maka kita menuju dua tempat
1]->syurga
2]->neraka

ibarat exam la..kalau kita usaha,sudah tentu kita nampak kita punnya kejayaan,manakala,,kalau lalai n main2 ngan keseronokan,maka gagal lah exam itu...

semoga kita sama2 usaha menuju kematian

manakala kalau mati sebelum kerja n sebagainnya??

mati sebelum d rancang adalah bahaya..

sama juga ibarat berperang tampa d rancang..
mesti kalah peperangan itu,
...kerana tiada perancangan..

so,

rancang sebelum mati..
sama2 kita usaha wahai manusia..
jangan menyesal selepas mati krn iannya tiada gunannya..

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

ILMU...

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith di atas memberi pengertian yang besar kepada mereka yang berani membuat fatwa atau menjatuhkan hukum tanpa ilmu. Entah berapa ramai sekarang ini yang apabila ditanya tentang sesuatu soal agama walaupun tanpa ilmu terus mudah dari lidah dan jarinya mengeluarkan 'fatwanya' sendiri. Malahan ada yang hanya belajar melalui buku sahaja tanpa pernah ada asas-asas kaedah untuk mengeluarkan hukum, terus mengatakan itu halal, ini haram. Engkau masuk ke syurga, dan dia masuk neraka.

Bayangkan seorang yang jahil dalam ilmu kedoktoran kemudian apabila ada pesakit yang selsema dan ia mengatakan pesakit ini harus dibedah perutnya. Inilah kerosakan yang telah dibuat.

Fahamlah, rupanya proses untuk mengeluarkan fatwa itu sendiri bukanlah senang. Kerana ulamak takut untuk mengeluarkan hukum tanpa hak.

Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :
"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.


Dengan menghafaz belumlah dikatakan seorang faqih yang dapat mengeluarkan fatwa selagi ia tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi syarat-syarat lain untuk berfatwa.

Sukarkah Mengatakan "Aku Tidak Tahu" ?


Ulamak salaf (ulamak yang hidup di kurun ke 3 dan sebelumnya- kurun yang terbaik) melarang keras orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa mempunyai ilmu dan persediaan yang cukup.

Alangkah, para ulamak muktabar yang benar-benar takutkan ALlah seperti Imam Malik pernah berkata :

Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)".

Ibn al Qasim berkata :
"Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : "Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti".

Ibn Abi Layla pernah berkata :
"Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu 'alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya.


Fahamlah di sini, mengapa kita perlu menghormati ulamak muktabar yang terdahulu. Yang telah mengasaskan mazhab dan menulis kitab-kitab, mengajar anak muridnya untuk menyampaikan ilmu yang diajarnya kepada umat Islam yang lain.

Antara Maksum dan Orang Yang Berilmu

Ada pula laungan-laungan dari orang awam atau mereka yang bukan dari kalangan ulamak malahan yang baru menghafazbeberapa hadith mendabik dada mengatakan dirinya adalah tempat dijadikan rujukan. (Sedangkan rujukan dirinya hanya melalui internet semata-mata). Ingatlah bahawa ilmu dan akhlaq akan berjalan seiring. Orang awam seperti kita ini mengatakan pula 'ulamak tidak maksum' terutamanya tuduhan ini ditujukan kepada ulamak yang mengasaskan mazhab, ulamak seperti Imam asy Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Bahkan melekehkan pula orang yang mengikut mazhab yang disampaikan oleh ulamak-ulamak, ustaz ustazah dan guru-guru.


Ya, benar, ulamak tidak maksum (ada membuat dosa dan kesilapan). Tetapi berbanding dengan orang yang bercakap atau ustaz yang selalu memperlekehkan ulamak muktabar. Siapa pula yang lebih berilmu, lebih berkelayakan untuk mengeluarkan hukum? Ulamak yang lebih muktabar jauh lebih tinggi ilmunya, menguasai disiplin ilmu untuk membolehkan mereka mengeluarkan pendapat. Di sinilah adanya perbezaan yang besar di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, kurang ilmu, faham dan tidak faham, sempurna akal dan yang tidak, dan yang jahil. Sebagaimana firman ALlah :

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)


Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah az Zumar : Ayat 9)

Terkadang terfikir juga penuntut ilmu yang cetek akhlaknya, atau mereka yang berfikiran suka melekehkan ulamak muktabar hanya memandang ulamak dari atas kertas sahaja. Mentang-mentang nama-nama ulamak itu sudah acapkali dilihat dan ditulis di dalam akhbar, majalah dan buku-buku, kitab-kitab yang banyak berlegar di pasaran. Mentang-mentang sudah belajar beberapa hadith sahih dan beberapa ilmu yang baru.

Semaklah sejarah semula, jangan dilipat sahaja adab-adab dan akhlaq ulamak muktabar, lihat bagaimana cara mereka berfikir sebelum mengeluarkan pendapat, jenguklah disiplin ilmu yang telah mereka kuasai sebelum berani mengeluarkan fatwa. Luaskan pandangan bagaimana ulamak mendidik jiwa mereka, melihat kepada keadaan, cara hidup dan budaya. Imam Syafie juga menghormati mazhab hanafi apabila datang ke tempat mereka yang mengikut mazhab tersebut.

Untuk akhirnya para fuqaha' selalu berkata "Sesiapa yang tidak pernah mengetahui dan mengerti perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan fuqaha', bermakna dia belum sempat menghidu haruman fiqh..!

Sumber rujukan :

1. Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor.

2. http://quranexplorer.com

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share