16 Oktober 2010

Surah Al Kahfi cahaya di malam Jumaat


Surah Al Kahfi disebut juga Ashabul Kahf adalah surah ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Dinamai Al-Kahf dan Ashabul Kahf yang ertinya Penghuni-Penghuni Gua. Kedua nama ini diambil dari cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 sampai dengan 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini, yang kesemuanya mengandung pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat beberapa hadith Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surah ini.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Hadis riwayat Ibnu Kathir dari Umar r.a., siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkanNya antara dua Jumaat.

Hadis riwayat Ibnu Kathir lagi daripada, Said Al-Khudri, Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan Bait A-Atiq.

Amalan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, atau pada malamnya adalah sunat. Di dalam Faidhul Qadir, "Disunatkan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dan begitu juga pada malam Jumaat, sebagaimana dinaskan oleh Imam Syafie".

Dalilnya, hadis:

Maksudnya: Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dipancarkan cahaya untuknya antara dua Jumaat, yakni selama seminggu.
Direkod dalam Sunan Baihaqi (no: 5792) dan Mustadrak Al-Hakim (no: 3392).

Cuma di dalam rantaian sanad hadis ini ada seorang perawi yang dipertikaikan iaitu: Nuaim bin Hammad. Ibnu Hajar menilainya sebagai 'saduq mukhti' (benar dan ada melakukan kesilapan). Tetapi ada juga kalangan ahli hadis yang menilainya 'thiqah' (dipercayai).

Andai ditakdirkan hadis ini adalah dhaif, maka dhaifnya adalah dalam kategori dhaif yang ringan. Dan kalangan ulama ada yang bertolak ansur dengan hadis dhaif yang ringan di dalam perkara fadhail A'mal.

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share