21 Disember 2009

Sibuk Isu Khilafiyyah; Bagaimana Masalah Ummah?

sumber: iluvislam.com

PENGENALAN


Sesungguhnya Islam adalah agama penyatuan dan perpaduan bukanlah sebuah agama perpecahan dan pergaduhan. Islam juga adalah agama toleransi dan berkasih sayang bukanlah sebuah agama kekerasan dan kezaliman. Ini dapat kita fahami berdasarkan beberapa dalil di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah Taala (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai.

(Surah ali-Imran: Ayat 103).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang beriman disatukan dan tiada kebaikkan bagi sesiapa yang tidak bersatu dan yang tidak disatukan.

(Riwayat Ahmad).


Kita dapati pada hari ini masyarakat Islam di Malaysia (khususnya) kian berpecah-belah lantaran keghairahan beberapa pihak yang begitu gemar mengadakan perdebatan dan perbahasan isu-isu khilafiyyah secara terbuka. Keadaan menjadi lebih parah kerana golongan awam turut diajak bersama-sama menjadi hakim yang tidak bertauliah tanpa didasari oleh ilmu dan akhlak. Fenomena ini berlaku di mana-mana sahaja lantaran peranan yang dimainkan oleh media massa (televisyen, radio, akhbar, majalah, website, blog dll) merupakan salah satu faktor utama perpecahan dan permusuhan umat Islam di Malaysia kian menjadi-jadi. Mungkin mereka ini terlupa kepada ingatan dan pesanan Allah Taala sepertimana berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:

Tolong-menolonglah kamu pada jalan kebajikan dan taqwa dan jangan kamu tolong-menolong pada jalan dosa dan permusuhan.

(Surah al-Maidah: Ayat 2).


Di dalam kesibukkan dan keghairahan mereka ini menaburkan benih-benih perpecahan dan permusuhan, mungkin juga mereka terlupa bahawa umat Islam pada masa kini kian diambang kehancuran dan kemusnahan. Pelbagai masalah muncul pada setiap ketika tidak kira di mana-mana sahaja, akan tetapi umat Islam terus dilamun kelekaan dan kelalaian. Mereka tetap sibuk dengan isu-isu khilafiyyah! Musuh-musuh Islam terus ketawa dan ketawa-ketawa melihat umat Islam pada waktu ini begitu leka dengan isu khilafiyyah tanpa memperdulikan keadaan umat Islam yang lain. Mereka bertepuk tangan dengan gembiranya di atas kejayaan mereka menyuntik jarum-jarum perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam sendiri tanpa perlu menghantar bala tentera walaupun seorang. Kita masih lagi leka dengan isu-isu khilafiyyah?

Berikut saya jelaskan secara ringkas empat isu besar umat Islam (walaupun sebenarnya banyak lagi) yang patut kita ketahui berbanding menyibukkan diri dengan isu-isu khilafiyyah ialah:


1. GEJALA MURTAD DI MALAYSIA

Sejak berakhirnya perang Salib di antara Islam dan Kristian, para pendakyah Kristian di sebelah Barat kelihatan kurang mempedulikan perkembangan Islam di negara-negara Eropah kerana mereka mengetahui bahawa Islam akan mula bangkit dari sbelah Timur. Mereka juga tidak memperdulikan apabila gereja-gereja di Eropah bertukar menjadi masjid-masjid bagi umat Islam. Rancangan hebat mereka lebih tertumpu di sebelah Timur termasuklah di negara kita Malaysia. Negara jiran kita Singapura telah berada di dalam gengaman mereka. Manakala Indonesia pula sudah menampakkan tanda-tanda awal akan turut serta dikuasai oleh Kristian. Sabah dan Sarawak juga sudah hampir-hampir mereka kuasai sepenuhnya. Sekarang adalah giliran masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia pula akan menerima para pendakyah agama Kristian.

Firman Allah Taala bermaksud:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

(Surah al-Baqarah: Ayat 120).

Isu murtad di Malaysia bukanlah suatu isu yang baru kita sedari dan dengari sehari dua, bahkan isu ini pernah mengemparkan umat Islam di Malaysia melalui pendedahan ekseklusif mengenai krisis murtad ini beberapa tahun lalu oleh Mufti Kerajaan Perak. Namun umat Islam sehingga waktu ini masih lagi dibuai mimpi indah bagaikan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan berkenaan murtad. Gejala murtad ini bagaikan tidak membawa apa-apa pengertian dan keinsafan kepada umat Islam bahawa Allah Taala sedang mendatangkan balanya. Lebih menyedihkan lagi, isu khilafiyyah juga diutamakan berbanding dengan peranan yang boleh kita mainkan bagi membantu menangani krisis murtad yang kian meruncing dari sehari ke sehari. Umat Islam tetap terus leka dengan isu-isu khilafiyyah yang ditaja oleh segolongan pihak. Apakah peranan dan tugas kita hanya sekadar memerhatikan sahaja murtad kian berleluasa di samping menyibukkan diri dengan isu-isu khilafiyyah?


2. UMAT ISLAM DI PALESTIN



Isu Palentin ini bukanlah berhenti setakat isu perjuangan negara merdeka Palestin dari rejim Yahudi sahaja bahkan isu ini adalah isu umat Islam sejagat. Umat Islam di Palestin diancam dengan kematian dan kemusnahan pada setiap masa dan ketika daripada tentera-tentera Israel. Berita-berita serta gambar-gambar rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam sentiasa diulang-tayang secara visual kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengan segala kelemahan dan perpecahan yang berlaku di antara sesama umat Islam, kita hanya mampu melihat dan berlinangan air mata merenung episod demi episod pembunuhan dan penyiksaan rakyat Palestin yang tidak berdosa. Kita tidak mampu berbuat apa-apa!


Seperti di negara-negara Arab yang sentiasa bertelagah dan berpecah-belah, umat Islam di Malaysia juga terlalu sibuk dengan perbahasan serta perdebatan isu-isu khilafiyyah yang membawa kepada berlakunya pergeseran dan pergaduhan sesama sendiri. Perbalahan ini sudah pasti akan melemahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam yang amat diperlukan pada ketika ini bagi membantu umat Islam di Palestin. Janganlah kita menjadi punca atau penyebab kepada berlakunya perpecahan dan pergaduhan ini sedangkan isu besar berkenaan umat Islam di Palestin tidak kita pedulikan. Masyarakat terus menjadi leka dan lalai dengan percakapan dan tulisan-tulisan kita. Jika inilah keadaan dan tindakannya, bagaimanakah kita hendak menjawab segala pertanyaan di hadapan Allah Taala nanti?

Firman Allah Taala bermaksud:

Adapun orang-orang kafir sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (wahai orang-orang yang beriman) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah Taala (keteguhan persaudaraan serta kesatuan dan perpaduan sesama orang yang beriman) nescaya akan terjadi kekacauan dimuka bumi dan kerosakkan yang besar.

(Surah al-Anfal: Ayat 73).


3. GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

Masalah gejala sosial di kalangan remaja Islam memang hebat diperbincangkan di mana-mana sahaja termasuklah di Malaysia. Gejala seperti seks bebas, pembuangan bayi, mengedar serta menagih dadah, minun arak, lumba haram, mengugut, black metal dan sebagainya lagi hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Masalah ini bukan sahaja berlaku di negara-negara maju seperti Amerika dan United Kingdom, bahkan masalah ini turut melanda negara-negara umat Islam dari dunia ketiga seperti Malaysia. Golongan remaja pada hari ini hidup dengan penuh kebebasan di tengah-tengah dunia kemodenan dan globalisasi. Kebebasan tanpa batasan inilah yang menyebabkan mereka terus hanyut dan leka dengan segala keseronokkan duniawi tanpa memikirkan masa depan umat Islam.

Semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi membendung masalah gejala sosial di kalangan remaja Islam di Malaysia yang kian meruncing dari sehari ke sehari. Tanggungjawab dan tugas mendidik para remaja Islam mestilah bermula daripada institusi keluarga hinggalah kepada peranan yang wajib dimainkan oleh pihak kerajaan. Jika kita terlalu sibuk dengan isu-isu khilafiyyah dan menyebabkan masyarakat Islam saling menyalahkan diantara satu sama lain, berpecah-belah, tiada sifat kasih-sayang dan sebagainya lagi, bagaimana mungkin kita hendak menghadapi dengan semua ini dengan berkesan? Sibuk dengan isu-isu furuk (cabang-cabang yang berlaku khilaf) fiqh dan aqidah sehingga menyebabkan maruah umat Islam tergadai adalah satu pengkianatan kepada Islam!

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:

Menjadi suatu bentuk pengkhianatan terhadap umat (Islam) pada hari ini dengan membawakan mereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furuk fiqh atau pinggiran aqidah.

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyruk Wa al-Tafarruq al-Mazmum).


4. KEPERLUAN ILMU PENGETAHUAN TERHADAP UMAT ISLAM


Firman Allah Taala bermaksud:

Allah Taala akan meninggikan (kedudukan) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

(Surah al-Mujaadilah: Ayat 11).

Sesungguhnya ilmu pengetahuan itu telah mengangkat martabat sesiapa sahaja yang memilikinya. Sebagai contohnya, sesebuah negara akan menjadi maju dan berkuasa sekiranya negara itu telah menguasai ilmu pengetahuan dunia pada hari ini seperti negara Amerika, United Kingdom dan Jepun. Walaupun kita amatlah membenci negara Amerika yang sentiasa melindungi dan membantu Israel memerangi rakyat Islam di Palestin, namun umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa kerana kita tiada ilmu untuk melawan mereka. Negara mereka menguasai bidang persenjataan dan
perindustrian sedangkan negara umat Islam pula tidak menguasai mana-mana bidang ilmu bahkan negara-negara Islam sentiasa bergaduh dan berpecah-belah kerana isu-isu remeh. Bukan sahaja di negera-negara Arab, akan tetapi di negara-negara sebelah Nusantara termasuklah di Malaysia juga masih jauh ketinggalan di dalam institusi keilmuan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap orang Islam.

(Riwayat Abu Yaala).

Janganlah kita terlalu menyibukkan diri dengan isu-isu khilafiyyah sedangkan ilmu pengetahuan yang perlu kita kuasai tidak dikuasai sepenuhnya. Bagi mereka yang belajar jurusan agama maka bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu agama di samping tidak melupakan juga ilmu akademik. Bagi mereka yang belajar jurusan akademik maka bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu akademik di samping tidak melupakan juga ilmu agama. Sebagai seorang pelajar ataupun mahasiswa, inilah salah satu daripada jalan-jalan utama yang dapat kita mampu sumbangkan kepada Islam. Janganlah disebabkan kejahilan kita terhadap ilmu yang patut kita kuasai menyebabkan fitnah dan kehancuran terus menimpa Islam. Manakala sebagai seorang pekerja pula, manfaatkanlah segala ilmu yang ada untuk kepentingan dan kebaikkan umat Islam sejagat.


MEMAHAMI HAKIKAT DAN PENGERTIAN KHILAF

Sesungguhnya perbezaan pendapat dan pandangan dengan kepelbagaian buah fikiran di kalangan masyarakat Islam merupakan salah satu sunnah (hukum alam) yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Jika manusia terus-menerus melaksanakan tanggungjawab yang telah ditaklifkan oleh Allah Taala secara ikhlas maka umat Islam pastilah dapat memagarkan diri masing-masing daripada perselisihan-perselisihan yang boleh merosakkan Islam. Manakala perselisihan-perselisihan yang berlaku namun didasari oleh ilmu dan akhlak sudah pastilah perselisihan-perselsihan itu akan membuahkan hasil yang lumayan kepada khazanah ilmu Islam. Umat Islam akan beroleh rahmat daripada khilaf para ulama. Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang menunjukkan bahawa perselisihan di kalangan para ulama adalah rahmat bagi umat Islam sepertimana berikut:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Ikhtilaf umatku adalah rahmat.

(Riwayat Maqdisi, Baihaqi dan Haramain).

Nota: Perbahasan berkenaan taraf hadis ini agak panjang. Saya tidak bercadang untuk menjelaskannya atau memanjangkan tulisan berkaitan taraf hadis ini di sini.

Jika seseorang manusia itu berusaha untuk menyelesaikan perselisihan ini dengan cuba menukar kepelbagaian pendapat dan mazhab kepada satu pendapatnya sahaja maka sudah tentu ia akan mengubah perselisihan tersebut kepada perbalahan dan pertentangan yang sengit. Keadaan ini sudah tentu akan membuka ruang-ruang kepada musuh Islam untuk menyelinap masuk dan mengambil kesempatan dengan kelemahan umat Islam itu untuk kepentingan dan kemaslahatan mereka. Sedangkan Allah Taala telah menyebutkan di dalam al-Quran al-Karim agar umat Islam tidak berpecah-belah dengan perselisiahan-perselisihan yang tidak mendatangkan manfaat kepada umat Islam di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselihan (di dalam agama mereka).

(surah ali-Imran: Ayat 105).

Jika kita dalami dan meneliti secara mendalam serta ikhlas berkaitan dengan perbezaan pendapat di antara imam-imam mazhab, kita akan dapati bahawa semua pendapat yang mereka kemukakan adalah betul bekala. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh kaedah-kaedah yang digunakan bagi mengistinbatkan hukum-hakam adalah berbeza-beza menurut mazhab masing-masing. Di samping itu juga, pemahaman terhadap sesuatu dalil bagi masalah-masalah yang timbul adalah berbeza-beza di antara setiap mujtahid. Jikalau kita sentiasa lazimi membaca dan bertalaqi kitab-kitab fiqh yang membahaskan perincian para ulama terhadap sesuatu hukum-hakam, nescaya kita akan berasa betapa rendah dan hinanya diri kita ini berbanding kehebatan mereka. Mereka benar-benar diberikan petunjuk dan cahaya oleh Allah Taala!

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah Taala akan kebaikkan padanya maka sudah tentulah Allah Taala menjadikannya seorang yang mengerti perihal agama (alim ulama).

(Riwayat Ibnu Majah).

Suatu ketika dahulu saya tidak menjangkakan sememangnya wujud segolongan pihak yang sentiasa bersungguh-sungguh menyeru masyarakat awam Islam kepada tidak bermazhab untuk menghapuskan khilaf. Mereka ini membayangkan mazhab-mazhab adalah rekaan para ulama muktabar semata-mata tanpa didasari dalil-dalil yang kukuh. Mungkin juga mereka beranggapan pendapat mereka sahaja yang betul kerana mereka sentiasa menyeru untuk berpegang dengan al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. sahaja walaupun hakikatnya mereka tidak memahami nas-nas maksum tersebut. Mereka menafsirkan nas-nas secara zahir!

Berkata Imam Jalaluddin al-Sayuti:

Sesungguhnya ikhtilaf (perselisiahan) di antara mazhab-mazhab di dalam agama ini adalah nikmat yang besar dan kurniaan yang hebat. Di sana terdapat hikmah yang hanya dapat dilihat oleh orang-orang yang berilmu. Manakala orang-orang yang jahil tidak mampu melihatnya. Bahkan aku (Imam al-Sayuti) pernah mendengar sesetengah golongan yang jahil berkata: Nabi S.A.W. datang dengan syariat yang satu, dari manakah datangnya mazhab yang empat?

(Artikel: Jazil al-Mawahib Fi al-Ikhtilaf al-Mazahib).

Untuk maklumat tambahan sila rujuk di sini:

http://buluh.iluvislam.com/?p=66


TERLALU SIBUK MEMBAHASKAN ISU-ISU KHILAFIYYAH

Pada hari ini, telah wujud segolongan pihak yang terlalu sibuk serta amat gemar membahaskan dan memperdebatkan isu-isu khilafiyyah di tengah-tengah masyarakat awam di Malaysia yang majoritinya bermazhab Shafie dengan alasan amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia tidak bertepatan dengan syarak. Amalan-amalan yang dimaksudkan ini adalah seperti qunut Subuh, zikir berjemaah selepas solat, tahlil, sambutan Nisfu Syaaban, sambutan maulid Rasul S.A.W. dan sebagainya lagi sentiasa dihentam hebat oleh golongan tersebut. Keadaan ini mengundang pelbagai kesan negatif dan berlaku bibit-bibit perpecahan di kalangan umat Islam di atas tindakan mereka yang tidak memahami Fiqh al-Waqi (kefahaman keadaan semasa). Diperbahaskan persoalan-persoalan khilafiyyah yang begitu sarat dengan perselisihan ulama di hadapan masyarakat awam, bahkan ada di antara mereka yang begitu berani mengatakan bidaah, sesat dan kufur hanya sekadar tidak sependapat dengan pandangannya.

Berkata Imam Abu Muhammad Abdullah Qutaibah:

Perbuatan membidaah (pendapat orang lain yang masih bersandarkan hujjah) di dalam agama Allah Taala adalah bidaah!

(Kitab: al-Ikhtilaf Fi al-Lafzi Wa al-Rad Ala al-Jahmiyyah Wa al-Musyabbihah).

Diperbesarkan juga persoalan-persoalan khilafiyyah fiqh dan aqidah sehingga umat Islam terus leka dengan isu-isu ini sampaikan terlupa isu-isu besar yang sedang dihadapi oleh Islam. Musuh-musuh Islam sememangnya menantikan keadaan seperti ini bagi menghancurkan kekuatan umat Islam yang kian rapuh dari sehari ke sehari. Pada saya, golongan yang suka berbahas dan berdebat isu-isu khilafiyyah ini mungkin terpedaya dengan mainan dan suntikkan jarum-jarum syaitan.

Berkata Imam Abi Faraj al-Jauzi ketikamana menegaskan dan menerangkan di antara bentuk mainan syaitan ialah:

Sibuk atau banyak berbahas dan berdebat dengan sangkaan untuk membetulkan dalil hukum serta pengistinbatan syarak yang halus di antara mazhab-mazhab.

(Kitab: Talbis Iblis).

Sila rujuk link ini untuk maklumat tambahan:

http://buluh.iluvislam.com/?p=6

Saya tidak pasti apakah faedah dan manfaatnya bagi golongan yang sibuk dengan perbahasan isu-isu khilafiyyah ini. Untuk mendapat publisiti murahan? Untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai ilmu? Untuk mengatakan orang lain salah dan mereka sahaja yang betul? Persoalan-persoalan ini cuma andaian saya sahaja. Mungkin salah dan mungkin juga betul. Bukanlah saya bermaksud untuk mengatakan tidak boleh membahaskan terus perkara-perkara yang berkaitan dengan khilaf para ulama, namun maksud yang saya ingin sampaikan ialah perbahasan ini tidak kena pada tempatnya. Jika mereka benar-benar inginkan perbahasan seumpama ini, silalah belajar ilmu agama secara bersungguh-sungguh mengikut urutan dan disiplin tanpa mengenal erti penat dan jemu daripada lidah-lidah alim ulama. Bila sudah sampai masanya maka perbahaskanlah perselisihan para ulama ini dengan ilmu dan akhlak yang terpuji. Masalahnya sekarang ini ialah sesetengah umat Islam terutamanya golongan remaja yang inginkan ilmu agama secara jalan pintas lantas mereka menjadikan buku-buku sebagai guru.

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:

Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd).


MENGUTAMAKAN PERPADUAN DAN KESATUAN

Pada pendapat saya, perpaduan dan kesatuan umat Islam adalah lebih utama dan dilihat sebagai kefardhuan berbanding dengan isu-isu khilafiyyah. Isu-isu khilafiyyah pula kebanyakkannya hanyalah berlegar di sekitar perkara-perkara sunat dan makruh mengikut pandangan seseorang ulama itu. Jadi bagaimanakah kita hendak menghadapi perkara-perkara khilaf ini? Perkara ini selalu saya ulangi pada setiap kali tulisan saya yang terdapat khilaf di antara para ulama. Namun masih ada segelintir golongan masih tidak berlapang dada atau menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka. Jadi di sini saya akan mengingatkan semula perkara ini agar kesatuan dan keharmonian umat Islam terus terjaga.

Berkata Imam Jalaluddin al-Sayuti sepertimana Kaedah Fiqhiyyah berikut:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.

(Kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada sesiapa sahaja yang memilih salah satu pendapat di dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu (Fiqh al-Waqi). Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.

Zaman sekarang adalah zaman perpaduan dan kesatuan, bukan zaman perpecahan dan pergaduhan. Zaman sekarang adalah zaman persaudaraan dan persepakatan, bukan zaman pergaduhan dan persengketaan. Bagaimanakah umat Islam akan berjaya melawan musuh-musuh Islam jikalau kita lemah? Usaha untuk memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam sebenarnya adalah rancangan jahat golongan kuffar terutamanya Yahudi dan Nasrani. Umat Islam yang sayangkan agama Islam mestilah sedar dan tidak leka daripada segala bentuk mainan dan tektik kotor mereka. Jika kita yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan persengketaan di kalangan umat Islam maka kitalah agen-egen kuffar!


KESIMPULAN

Terlalu sibuk dengan perbahasan dan perdebatan isu-isu khilafiyyah bukanlah suatu tindakan yang bijak bagi umat Islam pada waktu kini. Tindakan ini lebih menjurus kepada perpecahan dan pergaduhan hasil daripada mainan licik syaitan dan rancangan kotor kuffar. Pendebatan yang tidak mendatangkan manfaat dan kredit terhadap umat Islam adalah suatu penyakit yang boleh membawa kerosakkan kepada Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tiada Allah Taala menyesatkan sesuatu kaum setelah diberikan hidayah melainkan Dia akan mendatangkan penyakit suka berdebat.

(Riwayat Ahmad dan Tarmizi).

Para mufti, alim ulama, para pendakwah dan ustaz-ustaz yang sepatutnya boleh memberikan tumpuan yang lebih serius terhadap perkara yang lebih besar sekitar masalah-masalah umat terpaksa menghabiskan masa yang banyak semata-mata untuk menerangkan isu-isu khilafiyyah ini kapada masyarakat Islam. Saya melihat keadaan ini amatlah merugikan ruang masa dan tenaga para ilmuan tersebut. Pada akhirnya, saya amat berharap semoga kita sama-sama menjadi umat Islam yang memahami isu ini dengan sebaiknya. InsyaAllah.

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:

Sesungguhnya jika Allah Taala mengkehendaki sesuatu umat akan kejahatan maka Dia akan menurunkan penyakit suka berdebat yang menyebabkan mereka tidak bekerja. Dimaksudkan di sini adalah pendebatan yang hanya membincangkan permasalahan-permasalahan sejarah lampau, kajian yang beku ataupun maslah khilafiyyah yang terjadi secara tabiatnya.

(Kitab: Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah).

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

29 November 2009

mEnGapA sAya mEnGhaFaL aL-QuRan????

Segala puji bagi Allah yang menurunkan Al-Quran sebagai bentuk kasih sayang kepada hambaNya. Di dalamnya terdapat rahmat, petunjuk, dan penawar bagi segala penyakit.
Selawat serta salam sentiasa tercurah kepada khoirul ibad, Rasulullah S.A.W. Beliau adalah al-basyir (pemberi kabar gembira) dan an-nadzir (pemberi peringatan), pendidik terbaik sepanjang masa, penuh kasih sayang kepada ummatnya, dan akhlaknya adalah Al-Quran. Semoga selawat dan salam terus terucap kepada beliau, kepada keluarga, shahabat, dan ummat yang teguh di atas kebenaran hingga hari ketika tidak bermanafaat lagi harta dan anak pinak , melainkan yang datang dengan hati yang saliim (selamat).
Menghafal Al-Quran adalah perkara yang patut untuk kita idam-idamkan. Menghafalnya adalah kedamaian bagi hati dan sebaik-baik untaian zikir yang dialunkan.
Tujuan khusus penulisan artikel ini adalah untuk memotivasikan penulis yang serba kekurangan ini sendiri. Dengan kata lain, yang mendapat faedah pertama kali dari artikel ini adalah saya sendiri selaku penulis. Sedangkan tujuan umumnya adalah memotivasi para pembaca terutamanya bagi para huffaz.



Keutamaan Penghafal Al-Qur’an

Berikut ini diantara keutamaan yang diperolehi oleh penghafal Al-Quran :
1. Allah memberi kedudukan yang tinggi dan penghormatan kepada seluruh manusia.
Namun, hal ini jangan sekali-kali dijadikan tujuan utama dalam menghafal Al-Quran, karena tujuan kita hanya mengharap redha Allah semata dan juga bukan untuk mendapat habuan dunia yang sementara ini.. Umar bin Khaththab R.A berkata bahwa Nabi Muahmmad SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat darjat kamu dengan kitab ini dan menjatuhkan yang lain” (Riwayat Muslim).

2. Hafalan Al-Quran akan membuat orang yang menghafalnya dapat berbicara dengan fasih, benar, dan dapat membantunya dalam mengeluarkan dalil-dalil dari ayat-ayat Al-Quran dengan cepat, ketika menjelaskan atau membuktikan suatu permasaalahan.

3. Menguatkan daya pemikiran dan ingatan.
Hafalan yang terlatih dan proses pengulangan(murajaah) yang konsisten akan menjadikan seseorang yang menghafal Al-Quran itu mudah dalam menghafal perkara-perkara yang lain diluar Al-Quran.

4. Dengan izin Allah, seseorang pelajar menjadi lebih hebat daripada rakan-rakan yang lain di dalam kelas, karana Allah memberikan karuniaNya kerana dia mahu menjaga kalam Allah dan mencintaiNya.

5. Bertambah imannya ketika membacanya.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah bertambahlah iman mereka” (Al-Anfal: 2)

6. Termasuk sebaik-baik manusia.
Sebagaimana sabda RasulullahSAW, “Sebaik-baik orang di antara kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” (Riwayat Bukhari, dll)

7. Tergolong manusia yang paling tinggi kedudukannya(darjat) di Syurga.
Dari Abdullah bin ‘Amr dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Akan dibacakan kepada shohibul Qur’an, ‘Bacalah, naiklah, dan bacalah secara tartil sebagaimana engkau telah membacanya secara tartil di dunia. Sesungguhnya darjatmu adalah di akhir ayat yang engkau baca” (Riwayat Tirmidzi,: “Hadis ini hasan shahih”)

8. Menghafal Al-Quran adalah salah satu hal yang manusia boleh merasakan ‘hasad’ kepadanya.
Ibnu Umar RA berkata bahwa Nabi SAW bersabda, “Tidak dibolehkan hasad kecuali pada dua perkara, iaitu seorang yang diberi Allah Al-Quran, kemudian dengannya ia melaksanakan solat pada malam hari, dan seorang yang diberi harta, kemudian dari harta itu ia infakkan pada siang dan malam hari” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

9. Termasuk orang yang paling banyak mendapat pahala pada hari kiamat kelak kerana setiap ayat yang dibaca akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
Abdullah bin Mas’ud RA, berkata bahwa Rasulullah SAW bersabada, “Siapa sahaja yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya sepuluh pahala dan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat, dan aku tidak mengataklan alif-lam-mim itu satu huruf, melainkan alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf” (Riwayat At-Tirmidzi) alangkah beruntungnya bagi penjaga kalam Allah.

10. Penghafal al-Quran akan mendapat perhiasan yang lebih mulia dari apa yang telah dirasakan semasa hidup di dunia ini.
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Pada hari kiamat Al-Quran akan datang Al-Quran dan berkata, ‘Wahai tuhanku, berilah dia perhiasan.” Maka diberikan untuk orang tersebut mahkota kemuliaan. Lalu Al-Qur’an berkata, “wahai Tuhanku, tambahkanlah.” Maka orang tadi diberi papakaian kemuliaan. Al-quran berkata lagi, “Wahai Tuhanku, redhailah ia.” Maka, Allah redha kepadanya, lalu dikatakan padanya, “Bacalah dan naiklah.” Dengan setiap ayat bertambah satu kebaikan.” (Riwayat Tirmidzi 2839, “Hadits ini hasan shohih”)

11. Berbahagialah bagi ibu bapa , bila mempunyai anak yang menghafal al-Quran.
Dari Buraidah, ia berkata, “Aku pernah duduk-duduk bersama Nabi SAW. Aku mendengar beliau bersabda, “Pelajari surah Al-Baqarah. kerana, bila ia dipelajari maka itu adalah sebuah barokah. Namun, bila ia ditinggalkan, maka itu adalah satu kerugian. Dan tukang sihir tidak akan mampu melakukannya.”
Buraidah berkata, “Lalu, beliau terdiam sejenak kemudian bersabda, “Pelajarilah surah Al-Baqarah dan Ali Imran. Kerana keduanya adalah Az-Zahrowan (dua hal yang bersinar) yang akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat, seolah-olah keduanya adalah dua awan mendung, atau kumpulan burung yang melebarkan sayap-sayapnya. Pada hari Kiamat, al-Quran akan mendatangi pemiliknya saat kuburnya terbelah dalam wujud seorang lelaki yang (berkulit) kekuning-kuningan. Ia berkata kepadanya, “Apakah kamu mengenaliku?” Ia menjawab, “Aku tidak mengenalimu.” Al-Quran berkata kepadanya, “Apakah kamu mengenaliku?”
Ia menjawab, “Aku tidak mengenalimu.”
Al-Quran berkata kepadanya, “Aku adalah sahabatmu, Al-Quran, yang telah membuatmu berdagang di malam hari. Setiap pedagang akan mendapatkan hasil di balik perdagangannya. Saat ini, engkau menuai hasil dari setiap perniagaan.” Ia akan diberi kerajaaan di sebelah kanannya dan kekekalan di sebelah kirinya serta diletakkan mahkota kewibawaan di kepalanya. Kedua orang tuanya diberi dua pakaian (kehormatan), yang tidak dimiliki oleh penduduk dunia. Kedua orang tua tadi bertanya, “Kenapa kami dikenakan pakaian ini?” kemudian dijawab, “Karena anakmu telah menghafal Al-Quran.” Lalu dikatakan kepadanya, “Bacalah dan naiklah ke darjat syurga dan kamar-kamarnya.” Ia akan terus naik selagi ia masih membacanya, baik dengan bacaan yang cepat mahupun perlahan-lahan (tartil).”
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad 21892. Dihasankan oleh Ibnu Katsir. Hadis ini juga terkandung dalam kitab As-Silsilatush Shohihah, karya Al-Albani no. 2829)

Rujuk kitab At-Tibyan fi Adab Hamlatul Quran (imam Nawawi)

Dengan sedikit sebanyak perkongsian di atas,saya berharap para pembaca dapat menghayati dan mengaplikasikan dalam kehidupan harian sebagai seorang penghafal dan juga penjaga kalam Allah yang mulia ini.

“Jika indah syurga dapat ku tatap, pasti diri tidak alpa dengan dunia, andai azab neraka dapat dirasa, pasti hati tidak tega melupai tuhan….”

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

23 November 2009

Buat Renungan Bersama

Bismillahirrahmanirrahim…….
Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat seperjuangan kita
allahyarham Andi Mohd Akmal dan juga ibunya yang telah kembali ke rahmatullah baru2 ini akibat kemalangan jalan raya. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang mendapat redhaNya.

Salam sejahtera dan salam juang saya ucapkan kepada rakan2 seperjuangan sekelian..
Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua jika ada salah dan silap selama ini kerana hidup di dunia ini hanya pinjaman dan juga satu perjalanan untuk menemui pencipta kita..
Disini saya ingin kongsikan sedikit coretan untuk direnugi bersama dan yang akan kita lalui pada suatu masa nanti yang mana kita tidak mengetahui bilakah saat itiu akan tiba..
Sama2 kita renungkan…

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga perkaral iaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

SuaRa YanG DiDenGarI olEh MAyaT

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia,
Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan,
Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Mengumpulmu
Apakah Kau Yang Telah Mengkuburkan Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Mengkuburkanmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat,
Mengapa Kini Terkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih,
Mengapa Kini Sepi Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar,
Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia,
Mengapa Kini Senyap Tak Bersuara"





Ketika Mayat Siap Dikafan...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalanmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Didahulukan Dengan Taubat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disolatkan....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Telah Kau Lakukan Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat Kelak
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahad....
terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia
Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gelita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Sepi Seribu Bahasa."

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....
Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukkan Kepadamu Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,
"Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

19 September 2009

salam idul fitri. . . .


masjid darul quran


Di kesempatan ini,saya ingin memohon maaf jika ad silap n salah kpd semua sahabat2 yg mengenali sy n yg xkenal sy pn sy nk mntk maaf jgk...
mane la taw slame sy knal dgn korang smua kot2 ad bt korang trase ati ker. .jatuh ati ker. .so b'hati-hati la djalan raye..he2
camat ari raye aidil fitri minal aidil wal faizi maaf zahir n batin. :)
semoga semangat tarbiyah di dlm madrasah ramadan dpt di kekalkan dan di teruskan pd bulan2 seterusnya. . .

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

12 September 2009

Kelebihan dan tanda-tanda Lailatul Qadar



Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الَّتِي فِي وَسَطِ الشَّهْرِ فَإِذَا كَانَ مِنْ حِينِ تَمْضِي عِشْرُونَ لَيْلَةً وَيَسْتَقْبِلُ إِحْدَى وَعِشْرِينَ يَرْجِعُ إِلَى مَسْكَنِهِ وَرَجَعَ مَنْ كَانَ يُجَاوِرُ مَعَهُ ثُمَّ إِنَّهُ أَقَامَ فِي شَهْرٍ جَاوَرَ فِيهِ تِلْكَ اللَّيْلَةَ الَّتِي كَانَ يَرْجِعُ فِيهَا فَخَطَبَ النَّاسَ فَأَمَرَهُمْ بِمَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ قَالَ إِنِّي كُنْتُ أُجَاوِرُ هَذِهِ الْعَشْرَ ثُمَّ بَدَا لِي أَنْ أُجَاوِرَ هَذِهِ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعِي فَلْيَبِتْ فِي مُعْتَكَفِهِ وَقَدْ رَأَيْتُ هَذِهِ اللَّيْلَةَ فَأُنْسِيتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فِي كُلِّ وِتْرٍ وَقَدْ رَأَيْتُنِي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ قَالَ أَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِيُّ مُطِرْنَا لَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِينَ فَوَكَفَ الْمَسْجِدُ فِي مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَظَرْتُ إِلَيْهِ وَقَدْ انْصَرَفَ مِنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ وَوَجْهُهُ مُبْتَلٌّ طِينًا وَمَاءً
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air.

Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

08 September 2009

SipAkaH yG tAk pErNaH mEnaNgIs. . . . . . .


Tertarik aku bila mendengar sebuah lagu yg disiarkan di corog radio IKIM seusai saje mndengar ceramah tafsir yg disampaikn oleh ust zahazan mohamed pd pagi selasa yg di sangkakn isnin 8/9,krn pd hari isnin tu cuti umum nuzul Quran. .
aku menyedari hal itu semasa nk msuk kuliah apabila aku tengok kitab yg aku bwk xsame dgn bebudak sekuliahku coz ari tu ade kelas Qiraat..
tapi kitab yg aku bawak,kitab fiqh manhaji. .huhu baru aku t'sedar bahwa itu hari selasa.
malu jgk cket2 kt kwn2 aku. . .
tp ade jgk yg senasib dgn aku..
bergegas la aku balik kt hostel untk ambil kitab qiraat,coz aku sgt meminati subjek tu. .
nseb ade basikal. .xde la ltih sangat lau nk dbandingkn dgn b'jln kaki. . .
aish,panjang lak citer aku. . .
juz nk kongsikn lirik lagu yg smpat aku salin n dpt same2 kite m'hayati apa yg t'kandung dlm lirik lagu nie. . .
lau xsilap aku,lagu ni dinyanyikn oleh Zubir Ali..
aku pn xkenal sape penyanyi tu. .
lagu lame kot. . .
lau ade mse,search la kt youtube. .

"Siapakah yg tak pernah menangis
Disetiap ketawa dan lupa
Siapakah di antara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah tuhan?
Banyak bukti yg dapat diberi
Sepanjang hidup yg sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan
Kebenaran terdampar di pantai kecewa
Air mata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan hati dari hati yg rindu
Apakah hakikat cinta itu."

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

30 Julai 2009

sUrAt sAyaNg dAri ALLAH


Saat kau bangun pagi hari, AKU
memandangmu dan berharap engkau akan
berbicara kepada KU, walaupun hanya
sepatah kata meminta pendapatKU
atau bersyukur kepada KU atas sesuatu
hal indah yang terjadi dalam
hidupmu hari ini atau kelmarin.....
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk
mempersiapkan diri untuk pergi
bekerja..... ..
AKU kembali menanti saat engkau sedang
bersiap, AKU tahu akan ada
sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan
menyapaKU, tetapi engkau
terlalu sibuk ........
Disatu tempat, engkau duduk disebuah
kerusi selama lima belas minit tanpa
melakukan apapun. Kemudian AKU Melihat
engkau menggerakkan kakimu. AKU
berfikir engkau akan berbicara kepadaKU
tetapi engkau berlari ke
telephone dan menghubungi seorang teman
untuk mendengar kabar
terbaru.
AKU melihatmu ketika engkau pergi
bekerja dan AKU menanti dengan sabar
sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu
AKU berfikir engkau terlalu
sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.
Sebelum makan siang AKU melihatmu
memandang sekeliling, mungkin engkau
merasa malu untuk berbicara kepadaKU,
itulah sebabnya mengapa engkau
tidak menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa
temanmu berbicara dan menyebut namaKU
dengan lembut sebelum menyantap
rizki yang AKU berikan, tetapi engkau
tidak melakukannya ......
masih ada waktu yang tersisa dan AKU
berharap engkau akan berbicara
kepadaKU, meskipun saat engkau pulang
kerumah kelihatannya seakan-akan
banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau
menghidupkan n TV, engkau menghabiskan
banyak waktu setiap hari didepannya,
tanpa memikirkan apapun dan hanya
menikmati acara yg ditampilkan. Kembali
AKU menanti dengan sabar saat
engkau menonton TV dan menikmati
makananmu tetapi kembali kau tidak
berbicara kepadaKU .........
Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu
lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada
keluargamu, kau melompat
ketempat tidur dan tertidur tanpa
sepatahpun namaKU, kau sebut.
Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir
untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang
kau sedari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain.
AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU
menantikan sepatah kata,
do'a, pikiran atau syukur dari hatimu.
Keesokan harinya ...... engkau bangun
kembali dan kembali AKU menanti
dengan penuh kasih bahwa hari ini kau
akan memberiku sedikit waktu
untuk menyapaKU .......Tapi yang KU
tunggu...... .. tak kunjung tiba...... tak juga kau menyapaKU.
Subuh ........ Dzuhur ....... Asar..........Magrib ......... Isya dan Subuh kembali,
kau masih mengacuhkan AKU.....tak ada sepatah kata, tak ada
seucap do'a, dan tak ada rasa, tak
ada harapan dan keinginan untuk bersujudkepadaKU .........
Apa salahKU padamu ...... wahai UmmatKU?????
Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang
KU berikan, harta yang KUrelakan, makanan yang KU hidangkan,
anak-anak yang KUrahmatkan, apakah
hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU............ !!!!!!!
Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan
AKU tetap berharap suatu saat
engkau akan menyapa KU, memohon
perlindungan KU, bersujud menghadap KU......
Yang selalu menyertaimu setiap saat ........



Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

06 Julai 2009

Keberkatan Al-Quran terletak pada Ajarannya

Kemujaraban atau kekuasaan al-Quran tidak terletak pada ayat-ayatnya tetapi pada ajarannya yang diamalkan oleh seseorang. Sekadar membaca, meniup dan menggantungkan ayat tidak akan membawa manfaat jika ajaran ayat itu sendiri tidak diamalkan.Sebagai contoh, ramai yang menjadikan ayat 31 surah Ali Imran sebagai petua menjaga kasih sayang di antara suami isteri. Ayat yang dimaksudkan adalah:

Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

Pengajaran sebenar ayat di atas adalah, jika kita mengasihi Allah Subhanahu wa Taala, hendaklah kita menterjemahkannya kepada mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana perkataan daku merujuk kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Oleh itu jika hendak menjaga kasih sayang di antara suami isteri, hendaklah dicontohi sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam kehidupan berumahtangga. Tidak ada manfaat jika pasangan suami isteri saling tiup meniup ayat di atas padahal masing-masing tidak melaksanakan kewajipan terhadap pasangannya dalam kehidupan berumahtangga.

Contoh kedua ialah Ayat Seribu Dinar yang masyhur dijadikan petua melariskan perniagaan. Ayat tersebut berbunyi:



Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki- Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. [al-Talaq 65:2-3]

Seandainya benar ayat di atas boleh melariskan perniagaan, ia bukanlah dengan menggantungnya di depan kedai, tetapi dengan mengamalkan ajarannya. Antara ajaran yang terpenting di dalam ayat di atas adalah Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah. Antara yang dimaksudkan dengan peniaga yang bertaqwa ialah tetap menunaikan solat lima kali sehari berjamaah, membayar zakat perniagaan, jujur dalam berurusan dengan kakitangan, pengedar dan pelanggan, tidak melibatkan diri dalam perniagaan yang haram atau samar-samar dan sebagainya. Setelah mengusahakan semua di atas, dia bertawakal kepada Allah. Seandainya dia memperoleh keuntungan, dia bersyukur dan berusaha memperbaikinya. Seandainya dia rugi, dia bersabar dan berusaha membetulkannya. Demikianlah ciri-ciri seorang peniaga yang diajar oleh ayat di atas. Bezanya, jangan mengharapkan Ayat 1000 Dinar tetapi berusahalah menjadi Peniaga 1000 Dinar".

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

DoA BuaTku dan SahabAt


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Allah kurniakanlah lisan yang
lembut basah mengingati dan menyebut
namaMu, hati yang penuh segar
mensyukuri nikmatMu, serta badan yang
ringan menyempurnakan ketaatan kepada
perintahMu.

Ya Allah kurniakan kami iman yang
sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang
berguna, keyakinan yang benar-benar
mantap.

Ya Allah kurniakanlah kami (din) cara
hidup yang jitu dan unggul, selamat
dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon, ya Allah kecukupan yang
tidak sampai kami terpaksa meminta
jasa orang lain. Berikanlah kami, (ya
Allah) iman yang sebenarnya sehingga
kami tidak lagi gentar atau mengharap
orang lain selain dari Engkau sendiri.

Kembangkanlah lembayung rahmatMu ke
atas kami, keluarga dan anak-anak kami
serta sesiapa sahaja yang bersama
kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan
nasib kami ditentukan oleh diri kami
sendiri; walaupun kadar sekelip masa
yang lebih pendek dari itu. Wahai
Tuhan yang paling mudah dan cepat
memperkenankan pinta (perkenankanlah).

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

adab membaca Al-Quran




Al-Quran sebagai kitab suci, wahyu Ilahi, mempunyai adab tersendiri bagi orang orang yang membacanya. Adab itu sudah diatur dengan sangat baik, untuk penghormatan dan keagungan Al-Quran tiap-tiap orang harus berpedoman kepadanya dalam mengerjakannya.

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menguraikan dengan sejelas jelasnya bagaimana hendaknya tata-cara membaca Al-Quran, Imam Al-Ghazali telah membagi adab membaca Al-Quran menjadi adab yang mengenai batin, dan adab membaca Al-Quran menjadi adab yang mengenai lahir. Adab yang mengenal batin itu, diperincikan lagi menjadi erti memahami asal kalimat, cara hati membesarkan kalimah ALLAH, menghadirkan hati di kala membaca sampai ke tingkat memperluas, memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa.

Dengan demikian, kandungan Al-quran yang dibaca dengan perantaraan lidah, dapat bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam hati sanubarinya. Kesemuanya ini adalah adab yang berhubungan dengan batin, iaitu hati dan jiwa. Sebagai contoh Imam Al-Ghazali menjelaskan, bagaimana cara hati membesarkan kalimat ALLAH, iaitu bagii pembaca Al-Quran ketika dia memulainya, maka terlebih dahulu ia harus menghadirkan dalam hatinya, betapa kebesaran ALLAH yang mempunyai kalimat-kalimat itu. Dia harus yakin dalam hatinya, bahwa yang dibacanya itu bukanlah kalam manusia, tapi adalah kalam ALLAH Azza wa Jalla.
Membesarkan kalam ALLAH itu, bukan saja dalam membacanya, tetapi juga dalam menjaga tulisan-tulisan Al-Quran itu sendiri. Sebagaimana yang diriwayatkan, ‘ikrimah bin Abi Jahl, sangat gusar hatinya bila melihat lembaran-lembaran yang bertuliskan Al-Quran berserak-serak seolah olah tersia-sia,lalu ia memungutnya selembar demi selembar, sambil berkata:” ini adalah kalam Tuhanku! Ini adalah kalam Tuhanku, membesarkan kalam ALLAH bererti membesarkan ALLAH.

Adapun mengenai adab lahir dalam membaca Al-Quran, selain didapati di dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, juga banyak terdapat di dalam kitab-kitab lainnya. Misalnya dalam kitab Al Itqan oleh Al Imam Jalaluddin As Suyuthi, tentang adab membaca Al-Quran itu diperincinya sampai menjadi beberapa bagian.

Di antara adab membaca Al Quran yang terpenting ialah:

1.Disunatkan membaca Al-Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah. Kemudian mengambil Al-Quran hendaknya dengan tangan kanan, sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.

2.Disunatkan membaca Al-Quran di tempat bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat tempat yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama ialah di Masjid.
Disunatkan membaca Al-Quran menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyu’ dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.

3.Ketika membaca Al-Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al-Quran mulut dan gigi dibersihkan lebih dahulu.

4.Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta’awwudz, yang berbunyi: a’udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dahulu perlindungan ALLAH, supaya terjauh dari pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap di waktu membaca membaca Al-Quran, terjauh dari gangguan atau godaan. Biasanya juga sebelum atau sesudah ta’awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada ALLAH supaya hati menjadi tenang. Doa itu, berbunyi seperti berikut:
Ertinya: Ya ALLAH, bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu dan taburkanlah kepada kami rahnat dari khazanah-Mu, yaALLAH Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

5.Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, iaitu dengan bacaan yang pelan-pelan dan tenang, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah (73) Al Muzzammil ayat 4: Ertinya:”………..Dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil!” Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi jiwa serta lebih mendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat kepada Al Quran.

Telah berkata Ibnu Abbas r.a:”Aku lebih suka membaca surah Al Baqarah dan Ali ‘Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-buru dan cepat cepat.”

Bagi orang yang sudah mengerti erti dan maksud ayat-ayat Al Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang hendak dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti ini lah yang dikehendaki, iaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memperhatikan dan memikirkan erti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya, iaitu membaca Al-Quran serta mendalami isi yang terkandung di dalamnya. Hal itu akan mendorongnya untuk mengamalkan isi Al-Quran itu. Firman ALLAH dalam surah (4) An Nissa’ ayat 82 berbunyi sebagai berikut,ertinya:
“Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?....”
bila membaca Al Quran yang selalu disertai perhatian dan pemikiran erti dan maksudnya, maka dapat dilakukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang dibacanya. Umpamanya: bila membaca sampai ayat tasbih, maka dibacanya tasbih dan tasmid; bila sampai kepada doa dan istighfar, lalu berdoa dan meminta ampun; bila sampai kepada ayat azab, lalu meminta perlindungan daripada ALLAH, bila sampai ayat rahmat, lalu meminta dan memohon rahmat dan begitulah seterusnya. Caranya boleh diucapkan dengan lisan atau cukup dalam hati saja.
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dari Ibnu Abbas yang maksudnya sebagai berikut:” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila membaca “sabbi hisma rabbikal a’la. Baginda lalu membaca subha na rabbi a’ladiriwayatkan pula oleh Abu Daud, dari Wa-il bin Hijr yang maksudnya sebagai berikut:” Aku dengar rasulullah membaca surah Al Faatihah, maka Rasulullah sesudah membaca “Waladd dollin” lalu membaca “amiin”
demikian juga disunatkan sujud, bila membaca ayat-ayat sajdah, dan sujud itu dinamakan sujud tilawah.

Ayat ayat sajdah itu terdapat pada 15 tempat, iaitu:
Dalam surah Al A’raaf ayat 206.
Dalam surah Ar Ra’d ayat 15.
Dalam surah An Nahl ayat 50.
Dalam surah Al Israa’ ayat 109.
Dalam surah Maryam ayat 58.
Dalam surah Al Hajj ayat 18 dan ayat 77.
Dalam surah Al Furqan ayat 60.
Dalam surah An Naml ayat 26.
Dalam surah As Sajdah ayat 15.
Dalam surah Shaad ayat 24.
Dalam surah Fushshilat ayat 38.
Dalam surah An-Najm ayat 62.
Dalam surah Al-Insyiqaq ayat 21.
Dalam surah Al-‘Alaq ayat 19

Dalam membaca Al Quran itu, hendaklah benar benar diresapkan erti dan maksudnya, lebih lebih apabila sampai pada ayat yang menggambarkan nasib orang orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat banyak yang mencucurkan air matanya di kala membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran yang menggambarkan betapa nasib yang akan dideritai oleh orang-orang yang berdosa.

Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu, sebab suara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan uslubnya Al Quran. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Ertinya: “hendaklah kamu sekalian hiasi Al Quran itu dengan suaramu yang merdu!”

Diriwayatkan pada suatu malam Rasulullah s.a.w. menunggu-nunggu isterinya, Siti Aisyah r.a. yang kebetulan agak terlambat datangnya. Setelah ia datang, Rasulullah bertanya kepadanya,” Bagaimanakah keadaanmu?” ‘Aisyah menjawab,”aku terkambat datang, kerana mendengarkan bacaan Al-Quran seseorang yang sangat bagus lagi merdu suaranya. Belum pernah aku mendengar suara sebagus itu.” Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan ‘Aisyah itu. Rasulullah kembali dan mengatakan kepada ‘Aisyah: “orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah. Puji-pujian bagi ALLAH yang telah menjadikan orang yang suaranya seperti Salim itu sebagai ummatku.”




Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang bagus, adalah disunatkan, asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata-cara membaca sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid. Seperti menjaga madnya, harakatnya (barisnya) idghamnya dan lain-lainnya. Di dalam kitab Zawaidur raudhah, diterangkan bahawa melagukan Al Quran dengan cara bermain-main serta melanggar ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haram hukumnya; orang yang membacanya dianggap fasiq, juga orang mendengarkannya turut berdosa.

Ketika membaca Al Quran janganlah diputuskan hanya kerana hendak berbicara dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan samapi ke batas yang telah ditentukan, barulah disudahi. Juga dilarang tertawa-tertawa, bermain-main dan lain-lain yang semacam itu, ketika sedang membaca Al Quran. Sebab pekerjaan yang seperti itu tidak baik dilakukan sewaktu membaca kitab suci dan bererti tidak menghormati kesuciannya.

Itulah di antara adab, tata cara yang terpenting yang harus dijaga dan diperhatikan, sehingga dengan demikian kesucian Al Quran dapat terpelihara dengan sebaik-baiknya.Wallahu'alam.

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share

04 Julai 2009

uNtUkMu TeMaN

Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinya kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Sahabatku an-nisa
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..

Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik.

Sama²lah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak.
ALLAHu 'alam.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin,
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan,
Erti bercinta yang sebenar,
Namum teman,
Cubalah kau fikirkan
Adakah mampu kau mencintai 2 perkara
Dalam 1 masa?
Yg mana satukah cinta yang harus kau pilih
Mestilah pemilik cinta itu sendiri
Ya, pencipta cinta itu sendiri
Cintailah Allah
Pasti Allah temukan mu
Dengan insan yang jua cintakan Nya.
Insya ALLAH!!

Baca selanjutnya......
Bookmark and Share